PENTING: Sebelum booking, sila baca keseluruhan Terma & Syarat. Buat booking hanya jika anda setuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan bagi mengelak timbul sebarang isu tidak enak kepada mana-mana pihak di kemudian hari.

Pilih Unit

Susunan Nombor Unit adalah seperti illustrasi di atas.

Keratongstay terletak di Perkampungan Felda Keratong 2, betul-betul berdepan dengan SMK Keratong. Ia merupakan lokasi yang sangat strategik, hanya 1km dari Bandar Tun Razak

Keratongstay boleh diakses dari Jalan Bahau - Kuantan/Segamat melalui Simpang Keratong 2, Simpang TNB, Simpang Bandar Tun Razak atau Simpang Keratong 3.

Berikut adalah senarai antara ameniti dan perbandaran yang berhampiran:-

> SMK Keratong - 0 km

> SK Keratong 2 - 1 km

> Pejabat Felda Keratong 2 - 600 m

> Masjid Keratong 2 - 700 m

> Bandar Tun Razak - 1 km

> Perkampungan Keratong 1 - 1 km

> Perkampungan Keratong 3 - 4 km

> Perkampungan Keratong 4 - 3 km

> Perkampungan Keratong 5 - 5 km

> Simpang Chanis - 10 km

> Kota Bahagia - 9 km

> Simpang Perwira Jaya - 12 km

> Simpang Melati - 15 km

> Muadzam Shah - 33 km

> Gugusan Palong - 35 km

Ruang

Unit Keratongstay merupakan sebuah rumah teres kecil (tiny terrace house) yang mempunyai 1 ruang depan @ ruang tamu, 1 bilik tidur, 1 pantri, 1 bilik air dengan keluasan 264 kaki persegi.

Dengan luas yang sebegitu terhad, untuk keselesaan, operator menghadkan jumlah maksima penginap dewasa seramai 4 orang sahaja. Bagaimanapun, had ini tidak terpakai jika penginap merupakan satu keluarga yang termasuk ibubapa dan anak-anak.

Perkakasan/Utiliti

1. Katil Queen

2. Sofabed (2 orang)

3. 2 Aircond

4. 2 Kipas Siling

5. Set TV

6. Rak Pakaian

7. Seterika & Meja

8. Sinki Pantri

9. Cerek Elektrik

10. Pinggan/Mangkuk/Cawan

11. Tandas Duduk

12 Pancuran Mandi

13. Sinki Vaniti

14. Dan Lain-lain

Booking & Deposit

1. Booking atau tempahan hanya boleh dilakukan melalui website ini. Jika ada sebarang kemusykilan atau memerlukan bantuan sila wasap admin.

2. Polisi booking kami adalah "siapa sahkan dulu, dia dapat". Untuk mengesahkan tempahan, sila buat bayaran deposit booking sebanyak 50% dari kadar harga per malam dikali jumlah malam yang ditempah. Misalnya, jika kadar harga adalah RM150 per malam dan anda perlukan 3 malam maka jumlah booking deposit yang perlu dibayar adalah 50% dari RM450, iaitu RM225.

3. Langkah pertama untuk booking, sila pilih unit dan tarikh penginapan di sini. Selepas itu, sila wasap admin di sini untuk mendapatkan cara membuat bayaran deposit booking. Booking anda akan disahkan selepas bayaran diterima.

4. Baki bayaran iaitu 50% lagi perlu dilunaskan pada bila-bila masa sebelum Check-in.

5. Bagi pembatalan booking, ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh menginap bagi membolehkan wang deposit booking dipulangkan kembali. Jika pembatalan dibuat kurang dari 7 hari sebelum tarikh menginap, wang deposit booking TIDAK AKAN dikembalikan.

6. Deposit Keselamatan adalah RM100. Ia perlu dibayar sebelum Check-in. Deposit Keselamatan ini akan dikembalikan selepas Check-out jika tiada sebarang isu yang melibatkan sebarang bentuk kerugian kepada operator akibat dari penginapan itu.

Pengesahan Identiti Penginap

1. Penginap Utama iaitu individu yang membuat booking perlu memberi salinan Kad Pengenalan atau Passport yang dipalang dengan perkataan "Untuk Penginapan Keratongstay" bagi tujuan pengesahan identiti. Regulasi ini penting bagi memenuhi keperluan undang-undang, menjamin keselamatan, mencegah penipuan dan memudahkan pengurusan kecemasan. Ia memastikan orang yang menginap adalah sah, selain untuk melindungi aset operator dan membantu pihak berkuasa jika berlaku aktiviti haram atau insiden keselamatan.

2. Jika booking dibuat oleh pihak ketiga, individu yang membuat booking dan seorang penginap utama yang akan menginap perlu memberi salinan Kad Pengenalan atau Passport dengan cara yang sama untuk tujuan yang sama juga.

3. Senarai nama semua penginap lain juga perlu didaftarkan tetapi tidak perlu salinan Kad Pengenalan atau Passport.

Check-in & Check-out

1. Masa Check-in adalah pukul 3.00 petang dan masa Check-out adalah pukul 12.00 tengahari keesokan harinya atau hari terakhir dalam tempoh tempahan.

2. Check-in awal atau Check-out lewat akan dikenakan bayaran RM20 setiap jam tambahan atau sebahagian darinya. Penginap perlu membuat permohonan lebih awal dan operator berhak sepenuhnya untuk menentukan samada Check-in awal atau Check-out lewat boleh dibenarkan.

Adab Menginap

1. Pasangan belum berkahwin dilarang menginap dalam satu unit.

2. Tak dibenar merokok di dalam unit penginapan. Sila merokok di kawasan khusus yang disediakan di laman.

3. Buang sampah di tong sampah yang disediakan. Jangan buang sebarang objek seperti tisu, tuala wanita, pampers dan sebagainya ke dalam mangkuk tandas. Sila gunakan tong sampah yang disediakan dalam bilik air bagi tujuan itu.

4. Dilarang membawa haiwan peliharaan, minuman keras, sebarang bentuk dadah dan lain-lain bahan terlarang.

5. Dilarang mengoperasi atau melakukan sebarang aktiviti yang bersifat jenayah, menyalahi undang-undang dan tak bermoral.

5. Dilarang membuat bising dalam apa jua bentuk sehingga boleh mengganggu keamanan jiran atau kejiranan.

Lain-lain

1. Definisi Dewasa adalah mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

2. Operator tak menyediakan atau menawarkan kemudahan seperti tilam tambahan atau toto selain fasiliti tidur yang sedia ada. Penginap boleh bawa toto sendiri jika perlu.

3. Pemantauan 24 jam dilakukan secara jarak jauh melalui CCTV yang dipasang di persekitaran luar premis.

1. Adakah unit Keratongstay sesuai untuk penginapan keluarga?

-> Ya. Unit Keratongstay sesuai untuk penginapan sebuah keluarga kecil atau keluarga muda. Ibubapa yang menginap dengan anak-anak tidak dihadkan jumlah anak-anak yang bersama mereka.

2. Apa pilihan yang ada jika jumlah penginap yang ramai, misalnya rombongan keluarga pengantin yang bertandang?

-> Dalam situasi begitu, anda boleh membuat tempahan unit sesuai dengan jumlah keluarga yang bertandang itu. Misalnya, jika ada 5 keluarga, maka anda boleh menempah 5 unit supaya setiap keluarga dapat unit penginapan masing-masing,

3. Adakah penginapan jangkapanjang dibenarkan dan adakah diskaun diberi dalam situasi seperti itu?

-> Diskaun sebanyak RM20 semalam akan diberi bagi malam ketiga dan seterusnya tertakluk kepada terma dan syarat.

4. Apakah tarikan pelancongan yang ada di Keratong jika mahu menginap untuk tujuan berkenaan?

-> Keratongstay terletak dalam kawasan perkampungan Felda. Pada dasarnya kawasan ini belum ada sebarang lokasi yang boleh diwarwarkan sebagai tarikan pelancongan. Walau bagaimanapun, jika anda ingin merasai suasana dan budaya hidup masyarakat Felda, maka tak salah untuk menginap sehari dua bagi tujuan tersebut. Definisi pelancongan mungkin tak sama kepada orang yang berbeza.